Monday, December 27, 2010

Sekadar Berkongsi Maklumat

Sunday, December 26, 2010

BONGKAR: Sandiwara Papa Gomo, Nadi Rakyat dan Saidi Hussin isu ADUN Selising!



Oleh: Pria Malaya

Sudah lama penulis menyimpan hasrat utk mengulas isu ini..isu yg dimaksudkan ialah sandiwara lakonan blogger Papa Gomo dan kumpulan yang menggelarkan diri mereka Nadi Rakyat, ttg kononnya saksi kes ADUN Selising ini diserang dan cuba dibunuh oleh 'orang' ADUN Selising dan PAS Kelantan..




Penulis tidak ambil kisah sangat jika sandiwara ini dijaja di dalam blog2 dan facebook mereka, tetapi apabila Utusan memainkan peranan menyebarkan sandiwara ini, maka penulis kira perlu dijawab segala fitnah dan tohmah mereka ini....

Dan penulis bernasib baik..rupanya isu ini dahulunya dikupas oleh rakan bloggerer 'propartiislammalaysia.blogspot.com'...

Penulis lampirkan di bawah dengan beberapa penambahan (ayat penulis) bagi memudahkan pembacaan dan pemahaman...penulis tidak menuduh sesiapa, cuma penulis persoalkan dan mahu pihak ini buktikan dakwaan mereka jika apa yg diceritakan itu adalah benar..sila baca dan fikir2kan...wallahua'lam...






SANDIWARA NADI RAKYAT DAN SAIDI HUSSIN

BONGKAR 1

Kurang 24 jam selepas penafian Adun Selising tersebut,satu sandiwara yang maha hebat telah berlaku. Kononnya,terdapat sebuah kereta telah bertindak merempuh kereta saksi utama,Saidi Hussin yang menyebabkan dia pengsan dan tidak sedarkan diri.

Antara cerita penglipur lara yang disajikan blogger ini ialah:

"Dalam perjalanan ke rumah rakannya itu Ustaz Saidi membuat satu pusingan di sebuah simpang jalan dalam Rhu dan secara Tiba tiba Motokar Avanza yang mengekori beliau telah Melanggar dengan kuat di bahagian hadapan Sisi kanan tempat pemanduaan.

Pelanggaran itu menyebabkan hentakkan kuat di kepala Ustaz Saidi dan tidak sedarkan diri. Ustaz Saidi kembali sedar di Hospital dan apabila pulang ke lokasi kejadian di lihat kenderaan nya sedemikian rupa." - Nadi Rakyat

(Saidi Hussin dengan machonya menunjukkan keretanya yang remuk)

Sebelum kita memberi komen mengenai gambar di atas,di bawah penulis lampirkan status si pemfitnah Papa Gomo di facebooknya:
"Gomo,Azmy dan Pas Beruk sampai di Pasir Putih malam ini bertujuan untuk menyampaikan berita PANAS kepada semua isu Adun Selising yang ZINA!" - Papa Gomo
Nampak?Pada hari kejadian,si pemfitnah itu memang ada di Pasir Puteh bersama rakan-rakannya.

Okay, berbalik kepada gambar di atas,penulis ingin membawa kita semua kepada gambar kereta di atas.

Sila lihat tahap kerosakannya yang remuk teruk di bahagian pintu pemandu dan pintu belakang sebelah kanan.





(Cermin bahagian sisi kanan pemandu pecah kesemuanya..)

Gambar di bawah pula adalah gambar satu mangsa kemalangan yang terkena sepihan kaca di muka dan menusuk ke dalam mata.


(Ini contoh gambar mangsa kemalangan yang terkena sepihan cermin..)

Inilah logiknya seseorang yang benar-benar dilanggar dan terlibat dalam kemalangan.

Persoalannya sekarang, apakah kecedaraan yang berlaku pada si Saidi ini?Lihat,langsung TIADA kecederaan di mukanya akibat serpihan cermin keretanya yang pecah walhal keretanya remuk teruk.

Atau,adakah si Saidi ini memakai helmet di dalam kereta sehingga tiada langsung kecedaraan di mukanya seperti orang-orang yang benar-benar terlibat dalam kemalangan.

Seterusnya,lihat pula kadar keremukan kereta tersebut. Dianggarkan bahawa kereta tersebut dihentam kuat di bahagian pemandu yang mana,jika tidak kena pada tempatnya pemandu kereta tersebut mungkin akan cedera parah dan kalau nasib tidak baik,ajal boleh menjemput.Tapi Saidi?




Dia cuma pengsan tanpa apa-apa kecederaan.Wah,memang kebal juga si Saidi ini.Satu lagi,jika kita perasan mengenai peribadi Saidi ini,dia bersikap kekampungan.Perhatikan pula pada kereta Viva tersebut.

Sebiji gaya sebuah kereta yang dipakai oleh orang yang berumur 20-an di mana kereta tersebut dimake-up dengan cantik sekali.Persoalannya,adakah benar Saidi ini benar-benar dilanggar?

Seterusnya,kalau benar kereta ini dilanggar,mengapa kereta tersebut boleh dibawa pulang ke rumahnya? Mengapa tidak dibawa ke bahagian forensik IPD Pasir Puteh kerana ini kes langgar lari?Ataupun sekurang-kurangnya ditunda terus ke bengkel berdekatan.Adakah anda tidak berasa pelik?


BONGKAR 2

SANDIWARA KEDUA DI TENGAH MALAM

Perlu diingatkan,ketika sandiwara ini berlaku,para bloggers Umno tersebut berada di Pasir Puteh.

Selang beberapa jam selepas itu,ketika jam lebih kurang jam 11 malam,Saidi didakwa telah ditetak oleh tiga lelaki yang tidak dikenali dengan parang dan dia telah membuat laporan di balai polis.Ini adalah berdasarkan status Papa Gomo yang mengatakan dia bergegas ke balai polis untuk melawat Saidi yang telah ditetak.


"....lebih kurang 11.30 malam Ustaz Saidi telah di Serang dengan menggunakan Parang dan Kapak di halaman rumah nya sendiri oleh 3 lelaki yang tidak di kenali.

Jam lebih kurang 11.30 malam yang mana waktu itu keadaan di lokasi rumah beliau adalah Gelap tampa di cerahi lampu jalan,Ustaz Saidi pulang ke rumah beliau dengan menaiki motosikal dan apabila sampai di rumahnya maka ustaz Saidi terus menuju ke pintu dapur bagi masuk ke rumah. Pada waktu itu juga Isteri dan anak anak beliau telah pun tidor.

Apabila beliau membuka pintu secara tiba tiba 2 orang lelaki melulu ke arahnya dan menghayunkan parang dan kapak. Ustaz Saidi berjaya mengelak namun libasan parang mengenai tangannya dan mendapat kecederaan.

Dalam keadaan yang gelap itu juga muncul seorang lelai laki dan turut sama menghayunkan Parang ke arah Ustaz Saidi dan mengenai belakang badannya. Namun jaket yang di pakai beliau menjadi penyelamat apabila belakang beliau hanya mendapat sedikit kecederaan.

Dalam tempoh lebih kurang 3 minit apabila ketiga tiga penyerang itu tidak berjaya memBUNUH ustaz Saidi maka mereka kemudiannya lari dan masuk ke dalam sebuah motokar dan beredar dari rumah Ustaz Saidi. 2 lelaki memakai seluar jenas manakala seorang lagi memakai KAIN PELEKAT.

Syukur sekali lagi Ustaz Saidi selamat dari cubaan Menghapuskannya. Saksi yang menangkap Adun PAS Selising di dalam Koch Kereta Api."
Wah,petang tadi pengsan dilanggar,malam boleh keluar berjalan-jalan seperti tiada apa yang berlaku. (RALAT: kereta dilanggar 21hb, Di serang 3 lelaki berparang pada 23hb)...Persolannya,adakah benar Saidi benar-benar ditetak?

Jalan ceritanya seolah-olah dalam filem jenaka..sungguh menggelikan hati..mereka yg kononnya mahu menyerang mangsa hanya berkain pelekat sambil berparang..lepas 3 minit menyerang, tiba2 membatalkan hasrat tanpa sebarang sebab..nak kata polis datang, tiada, nk kata mangsa menjerit sekuat hati, tak pula dinyatakan, nk kata mangsa ada ilmu kebal, korang percaya ke?...

Dan katanya, laporan polis telah dibuat...apa yang dituntut kini ialah, mana bukti laporan polis? balai polis mana mereka laporkan jika benar laporan telah dibuat? mana gambar bukti kecederaan pada Saidi Hussin..penulis soalkan ini sebab biasanya puak2 gerombolan laju je lampirkan bukti laporan polis, tapi kali ni?...




Berikut pula adalah mesej dari facebook "Umno Makin Tenat":
"SESIAPA NAK TAHU CITA BETUL ATAU FITNAH CALL BALAI2 NI TANYA ADA TAK KES TETAK KONONNYA 09-7867355. Balai Polis Pasir Puteh, 09-7867222. Balai Polis Semerak, 09-6910322. Balai Polis Selising, 09-7891222 ...
AKU CALL OCPD JALIL BIN TALIB DIA GELAK BESAR DAN MARAH SIKIT CITA BOODH NI hahahaahahahahahah"
TERBARU dari facebook "Umno Makin Tenat":
"MAKLUMAT TERBARU KERETA DLM GAMBAR TU MEREKA SEWA KAT BENGKEL BAIK PULIH KERETA2 KEMALANGAN UTK BERGAMBAR SAHAJA hahahaahahahahahahahah KANTOI MAKLUMAT PDRM"
Fikir2kan..wallahua'lam...

No comments: