Tuesday, November 30, 2010

Iklan Sekejap......................

Man u tetap dihati.....................................................................
puas hati balik dari kenduri kawin sahabat di Sabak Bernam lebih kurang kul 6 ptg............member2 ajak lepak pulak kek kodai mamak layan game Man U....

ingat man u layu je macam hero melayu rupanya semangat merah membara bukan UMNO meledak malam 2.........tak sia-sia duk kodai mamak pekena radix mai secawan layan gol2 hebat dari pemain MAN U.......

syabas MAN U...........kepada peminat Chelsea buuuuuuuuuu dia..............

betul x Kuchai, Bob, Jepah, Abe, Lutfi????x sia-siakan masuk i-city mlm 2 wakaka..............

Ulama Hebat...............

Syeikh Prof. Mohamad Said Ramadhan al-Bouti
Malam tadi Syeikh berceramah di Masjid Negeri Shah Alam...Penterjemah sudah pasti Tuan Guruku.......Buku Syeikh yang sangat terkenal 'Fiqh Sirah'.......

Manfaatkan kehadiran Syeikh dengan sebaik mungkin....jangan ketinggalan mengikuti ceramahnya.......

Kenapa Samdol Sangat?????????

PERKASA KE???
Hairan.............pelik...................musykil...............

kenapa bila Anwar bersuara untuk hak rakyat langsung xda sebarang liputan...Bila Datin Seri bersuara pulak pasai Ketuanan Melayu diputar belit.......

Nak Tanya Kalau Ibn Razak n Ibn Yasin yang melalak isu Ketuanan Melayu Ditinggalkan agak2nye PERKASA n NGO lain berani x demo dari Seremban Ke Istana Negara???????????

Sudahlah.............hang daftar PERKASA jadi Parti Politiklah kalau nak jadi hero Melayu yang dah layu............

Lagi Pertikai "Dato' Seri" 'Anugerah Tuhan'- UTUSAN

 ek eleh........ape kehal nak kecoh2....Dah Anwar laki Datin Seri, asal pulak mau kecoh2 kutu berahak kat luar sana..........Bukan rosak moral pun puji Suami kan........Lainlah lompat parti, makan rasuah, skandal sana sini itu baru zero moral kan................Zahid Md Arip macamlah hang 2 hero Melayu...........Hang pun kaki auta apa...macam2 yang hang sembur Ezam dulu sekarang jilat balik ka wakakaka......hero Melayu yang layu tuihhhhhhh................

Dengar betul-betul ucapan Datin Seri......dengar pakai telinga bukan pakai lutut............xda maknanya jadi melayu kalau hang makan rasuah, makan bini orang, makan anak dara orang, makan kelahap, makan harta rakyat.................lebih malu kalau hang kata hang melayu tapi hang tolak hukum Islam...pirahhhhhhhh....mahu jadi hero kunun.....kembali pada asal sudah....Jadikan al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup cukup.......Orang Melayu@ orang Islam mesti bersatu di bawah PARTI ISLAM dan PR........ bukan UMNO atau BN......

Thursday, November 25, 2010

Pilihanraya Tidak Semestinya Cuti Sekolah-SPR

Buatlah bila2 pun SPR...Janji kamu tu telus dan berintegriti..........xmau jadi tunggangan sapa2 pun...tapi boleh caya ke???????????? entahlah.........makin hari makin kurang keyakinan kat SPR.....camna ni Tan Sri???? Anak Muda yang benar2 layak mengundi dinafikan hak mereka x macam tahun 99 n 2008??? Tolong telus ye SPR...chewah macam bapak bagi nasihat kat anak pula padahal kite ni pangkat anak...........jangan marah Tan Sri....kate anak muda dah celik politik kan...............

342 Pemberi Rasuah Ditahan SPRM Sejak Januari

Agak-agak dalam jumlah 2 ada x jerung-jerung besar cthnya di kalangan pemimpin UMNO n BN....Kalau ada kan bertambah mulialah imej SPRM di mata rakyat.......kalau xde alamatlah SPRM duk kena maki jelah selalu.....betul x Ibn Aziz.........Semoga SPRM xpilih bulu macam cth lagu Amuk: Engkau kini xserupa dulu................Berkawan pun nak pilih BULU..............Poket lebat engkaupun rapat...........memang ko hebat hatimu berkarat, korporat dan keparat...........................renung2kan.................

Wednesday, November 24, 2010

Parlimen Bocor Lagi???

Kalau parlimen bocor macam ni punya cara nak selesai, cerah masa depan negara 1 M'sia!!
Asyik2 bocor je.............xkan tampal yang bocor dulu2 macam tampal tayar basikal???? Bia betul wat keje gitu.........Ibn Razak nak jadikan Malaysia sebagai negara yang berpendapatan tinggi n maju sebelum 2020..Jangan bagi malu PM 1M'sia....SPRM cuba pantau sikit kontraktor mana wat keje tampal2 ni hehehe....jangan marah Ibn Aziz

Dato' Seri Naik Angin di Mahkamah..........

Hakim2, Pendakwaraya mu jaga baik... Sivaji come back..
Mu jaga baik, aku khalifah silat gayung
Kalau boleh lempang Hakim ngan Pendakwaraya sekali Dato' Seri...Apo payah bona nak bagi laporan perubatan 2....Selalu gadis yang dirogol or diliwat untuk pengesahan bukti mestilah melalui laporan perubatan kan.........Takpun Dato' Seri minta tangguh sampai PRU 13 bia Hakim n Pendakwaraya makin poning nak teruskan kes..Makin caca marba perjalalanan kes....

Pasukan Hoki Malaysia Cipta Sejarah

Tahniah...........Akhirnya buat kali pertama Sukan Asia Pasukan Hoki M'Sia layak ke Final.................Semoga beroleh kejayaan dan merangkul pingat emas......Harap2 Pakistan dapat dikalahkan untuk penentuan gold medal................

Tuesday, November 23, 2010

Pegawai Yayasan S'Gor direman 7 hari

eloklah tu....hari tu Tan Sri Khalid suruh cuti sekarang kena reman pulak...kalau betul dia bersalah dakwalah dan hukumlah........Alangkah bagusnya kalau SPRM mengambil tindakan yang serupa juga kalau jerung2 UMNOBN terlibat dalam rasuah yang angkanya dah tak boleh nak dibilang dengan jari..............itu tindakan yang sangat mulia dan dialu-alukan oleh rakyat M'SIA....Jangan berat sebelah, rakyat malaysia marah tau!!!!!!!!...Betul tak Ibn Aziz???

Tiada Rombakan- PM

Selalunya kalau BN or UMNO yang cakap TIADA sebenarnya ADA........Tiada kenaikan harga minyak kata TPM dulu2 punya cerita........tutp2 naik mendadak tak turun2..........tiada pembubaran parlimen kata Paklah........tup2 esok PRU 12......xsempat Anwar Nak bertanding...........Kali ni kata xda rombakan.........hehehehehehehehe..........boleh caya ke ni Ibn Razak???? dah banyak kali terkena....itu pasal kena hati2....jangan marah Ibn Yasin....

Al-Fatihah

Takziah kepada keluarga Tuan Guru Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri di atas pemergian bonda tercinta tengah hari tadi.. Semoga rohnya dicucuri rahmat..Semoga Tuan Guru selamat sampai ke Terengganu untuk pengkebumian bondanya...

Monday, November 15, 2010

Gelang Kesihatan..........
Teringat kata Tuan Guru: "Kalau gelang boleh sembuhkan penyakit sudah pasti rakyat 1M'sia sihat sejahtera."
sekadar renungan takda kena mengena ngan isu Dato' AC....

PAS Jangan MIMPI ganti UMNO?????

kah!!kah!! kAH!!............PAS dah selalu mimpi...............................UMNO bila nak mimpi jadi PEMBANGKANG dalam PARLIMEN????????? xsabar nak tunggu...............

Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor Diarah cuti

bagilah dia cuti.....itu tanda MB S'gor seorang yang bertanggungjawab dan berintegriti...betul x Dato' NOh???

JAKIM- Semakin ramai BERCERAI....................-

Jangan ketinggalan untuk mendengar IKIM dalam program DAURAH JUMAAT ni...Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri akan mengupas tajuk ni dengan memberikan hujah dan pendapat yang boleh dijadikan panduan dan pedoman untuk semua...

Takut plak nak menikah bilo tengok KAJIAN JAKIM ni...

Dato' Nalla nak Jumpe Pemimpin PAS n DAP

salam...kah!kah!kah!...Apa yang nak ditarbiyah dek Nalla niee...tau plak dia Pemimpin PAs orang2 alim....xpayah sibuk2 jaga masalah orang macha..jaga u punya anak bini dulu...Cukup2lah jadi pencacai angkat najis......


Kalau berani PRU 13 turun bertanding kat Permatang PAuh lah....mase 2 turun kempen cite yang best lagi pasal Dato' Seri...Silap2 haribulan satu undi pun tadak untuk u...

lagi satu kalau nak tau ada lagi orang yang hebat lagi alim dari Pemimpin PAS..tu dia....hang g jumpa dengan al-Syeikh Zul Nordin....dia leh didik n tarbiyah hang...hebat dia tu..semua dia tau...

kalau ada orang hebat yang meninggal dia akan duk melalak satu dunia yang orang tue pernah bagitau pasal anwar Ibrahim kat dia.....semua lah....nasib baik kucing parsi kesayangan Dato' Seri x mati lagi.....ntah2 kalau dah mati kucing 2 kompem Zul Nordin tulis kat blog dia yang Dato Seri pun pernah wat hal sama itu kucing wakaka....MP pikiran budak tadika xlain xbukan al-Syeikh Zul Nordin wa Kulim Bandar Baharu...Hidup MP tadika.....

Friday, November 12, 2010

Harapan Anak Muda


Isu Politik:
Desakan berundur kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim????

Salam kepada semua… vanbus merasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan dan nasihat sebagai anak muda kepada sesiapa yang berkenaan…..

Maaf dipinta jika ada yang terasa tetapi demi Keadilan, Keharmonian dan Kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia, harus ada pertimbangan sewajarnya kepada yang memandai-mandai memberikan cadangan sebegitu….

Sebagai rakyat Malaysia yang ada hak untuk mengundi dan anak muda yang celik politik, amatlah tidak bersetuju dengan desakan daripada yang tidak ada kena mengena dengan politik mahupun parti…

Vanbus ingin bertanya atas kapasiti apa, Yb Zahrain n Yb Kulim Bandar Baru mendesak sebegitu rupa agar Dato’ Seri berundur??????
Kamu masih ahli PKR ke??? Kamu sendiri bila diminta berundur masih terhegeh-hegeh mahu mempertahankan jawatan yang disandang…Rakyat memilih kamu kerana kamu calon dari PKR, jadi sedarlah diri sedikit…
Malam tadi begitu angkuh dan sombong meminta Dato’ Seri bertaubat????? Apakah kamu tidak pernah melakukan kesalahan??? Apakah kamu begitu ma’sum daripada Nabi SAW???? Sudahlah….kamu balik ke kawasan kamu, jumpa pengundi, tanya sama ada kamu masih layak mewakili mereka di Parlimen masing-masing?????????
Kamulah yang harus muhasabah terhadap pengkhianatan yang telah kamu lakukan…..
Masih ingat lagi pertemuan dengan kamu di kempen PRK Kuala Terangganu dahulu. Begitu jelas memaki hamun UMNO dan BN. Kini bila dah BEBAS hari-hari duk mencerca Dato’ Seri seolah-olah kamulah hero ISLAM. Kamulah Pahlawan Negara. Kamulah segala-galanya sedangkan khabarnya nak balik ke Parliman masing-masing pun khuatirkan keselamatan diri, apa cite bai???

Apakah kamu mempunyai agenda tersembunyi untuk memusnahkan moral Dato’ Seri. Sudahlah yb, kamu yang harus bertaubat. Mohon maaflah dengan Dato’ Seri sebelum kamu memasuki ZON MAUT.

Seingat saya, tidak pernah Dato’ Seri memaki hamun kamu berdua. Dulu memusuhi media perdana tapi bila dah BEBAS orang tak Tanya pun sibuk nak mengendeng-ngendeng..Itu muka tak tahu malu namanya YB..

Dr. Asri tak perlulah melebih-lebih. Jika teringin menguji populariti terjunlah ke gelanggang politik. Dato’ Zaid Ibrahim n Mustafa Kamil Ayub bermuhasabahlah. Anda pemimpin yang hebat, takkanlah mahu terikut-ikut dengan rentak sumbang pemimpin korup.

Tiada niat dihati ingin mencerca sesama Islam tapi kelakuan dan sikap YB berdua (Kulim n Zahrain) semakin melampau. Bukan mahu membela semberono Dato’ Seri tapi sebagai rakyat yang prihatin dan anak muda yang berjiwa besar, cukuplah dengan fitnah-fitnah yang tidak terperi sakitnya dan deritanya keluarga Dato’ Seri selama ini.

Sekadar ingin bertanya, apa perasaan YB jika esok terbit di muka depan akhbar perdana YB Zahrain dan YB Kulim rupanya seorang PELIw……..TUTTTTTT?????? sudah pasti YB berdua melenting sampai tercabut kopiah putih dikepala dan melaung-laungkan kalimah keramat: INI SEMUA FITNAH!!! FITNAH!!!! FITNAH!!!

Nyatanya YB sendiri takut difitnahkan???? Jadi jangan mengadu domba kesalahan orang lain jika diri sendiri tidaklah bersih seperti yang disangka..


Dato’ Seri Anwar pun bukanlah pemimpin yang tidak pernah melakukan kesilapan akan tetapi, barangkali tempoh rehat yang begitu lama di Penjara dulu telah memberi peluang kepada beliau untuk bertaubat, bermuhasabah dan merasa terpanggil untuk menyatakan kebenaran yang sebenarnya.

Akhirnya, segalanya sudah terjawab. PRU 2008 menyaksikan perubahan yang sangat besar dan semuanya sudah pasti atas sumbangan dan jasa Dato’ Seri, Tuan Guru, YB Lim dan sewaktu dengannya (Parti PAS, DAP dan KeAdilan) yang bergabung dan persefahaman yang jitu memastikan kejayaan PR tahun 2008.

Teguran Ikhlas untuk PR
PAS, DAP dan KEADILAN adalah parti yang sangat dekat di hati rakyat masa kini. Sekarang bukan masa untuk menunding jari dan meletakkan kesalahan atas bahu orang lain.

Dato’ Seri sebagai Ketua Pembangkang harus mengetuai MP2 PR turun ke kawasan masing-masing dan peka dengan segala isu yang dibangkitkan oleh rakyat. Jangan memandang remeh dengan segala isu yang telah dibangkitkan.
Harus ada tindakan yang pantas untuk membezakan khidmat MP BN dan MP PR. Tidak guna jadi wakil rakyat jika masalah yang diadukan tidak dapat diselesaikan.

Jangan madah berhelah lagi. PRU semakin dekat. Hanya PM yang tahu bila dan masanya untuk meniupkan semboyan PRU ke-13.

Kembali bersatu seperti persefahaman PRU 2008 dahulu. Buangkan sifat tamak haloba, sifat dengki mendengki, sifat mazmumahlah senang ceritakan. Siap siaga di hadapan, naik roket terbang ke bulan jangan lupa bulan sabit sekali.

Dapatkan sokongan anak muda kembali. Jangan duk yakin dengan undi bukan melayu, orang melayu juga sudah matang dalam berpolitik. Harus ada keseimbangan. Harus ada gerak kerja yang mantap dan persefahaman yang kukuh. InsyaAllah, PutraJaya pasti dapat di tawan.

Sekadar Pandangan dan luahan Anak Muda yang mahu melihat Malaysia ditadbir oleh Pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat. Salam Perkenalan khas untuk Anak Muda yang berjiwa besar.
Meminjam kata bijak pandai: “Politik sama sahaja di mana-mana, mereka menjanjikan membuat jambatan walaupun ditempat itu tiada sungai.”
Ini untuk Dato’ Seri: “Kemampuan memimpin adalah  dapat mengambil keputusan secara cepat dan dapat menyuruh orang lain melaksanakan keputusan itu.”

Wednesday, November 10, 2010

ISA

aku kembali menghiasi pentas dunia cyber mewakili suara ANAK MUDA......