Friday, November 12, 2010

Harapan Anak Muda


Isu Politik:
Desakan berundur kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim????

Salam kepada semua… vanbus merasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan dan nasihat sebagai anak muda kepada sesiapa yang berkenaan…..

Maaf dipinta jika ada yang terasa tetapi demi Keadilan, Keharmonian dan Kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia, harus ada pertimbangan sewajarnya kepada yang memandai-mandai memberikan cadangan sebegitu….

Sebagai rakyat Malaysia yang ada hak untuk mengundi dan anak muda yang celik politik, amatlah tidak bersetuju dengan desakan daripada yang tidak ada kena mengena dengan politik mahupun parti…

Vanbus ingin bertanya atas kapasiti apa, Yb Zahrain n Yb Kulim Bandar Baru mendesak sebegitu rupa agar Dato’ Seri berundur??????
Kamu masih ahli PKR ke??? Kamu sendiri bila diminta berundur masih terhegeh-hegeh mahu mempertahankan jawatan yang disandang…Rakyat memilih kamu kerana kamu calon dari PKR, jadi sedarlah diri sedikit…
Malam tadi begitu angkuh dan sombong meminta Dato’ Seri bertaubat????? Apakah kamu tidak pernah melakukan kesalahan??? Apakah kamu begitu ma’sum daripada Nabi SAW???? Sudahlah….kamu balik ke kawasan kamu, jumpa pengundi, tanya sama ada kamu masih layak mewakili mereka di Parlimen masing-masing?????????
Kamulah yang harus muhasabah terhadap pengkhianatan yang telah kamu lakukan…..
Masih ingat lagi pertemuan dengan kamu di kempen PRK Kuala Terangganu dahulu. Begitu jelas memaki hamun UMNO dan BN. Kini bila dah BEBAS hari-hari duk mencerca Dato’ Seri seolah-olah kamulah hero ISLAM. Kamulah Pahlawan Negara. Kamulah segala-galanya sedangkan khabarnya nak balik ke Parliman masing-masing pun khuatirkan keselamatan diri, apa cite bai???

Apakah kamu mempunyai agenda tersembunyi untuk memusnahkan moral Dato’ Seri. Sudahlah yb, kamu yang harus bertaubat. Mohon maaflah dengan Dato’ Seri sebelum kamu memasuki ZON MAUT.

Seingat saya, tidak pernah Dato’ Seri memaki hamun kamu berdua. Dulu memusuhi media perdana tapi bila dah BEBAS orang tak Tanya pun sibuk nak mengendeng-ngendeng..Itu muka tak tahu malu namanya YB..

Dr. Asri tak perlulah melebih-lebih. Jika teringin menguji populariti terjunlah ke gelanggang politik. Dato’ Zaid Ibrahim n Mustafa Kamil Ayub bermuhasabahlah. Anda pemimpin yang hebat, takkanlah mahu terikut-ikut dengan rentak sumbang pemimpin korup.

Tiada niat dihati ingin mencerca sesama Islam tapi kelakuan dan sikap YB berdua (Kulim n Zahrain) semakin melampau. Bukan mahu membela semberono Dato’ Seri tapi sebagai rakyat yang prihatin dan anak muda yang berjiwa besar, cukuplah dengan fitnah-fitnah yang tidak terperi sakitnya dan deritanya keluarga Dato’ Seri selama ini.

Sekadar ingin bertanya, apa perasaan YB jika esok terbit di muka depan akhbar perdana YB Zahrain dan YB Kulim rupanya seorang PELIw……..TUTTTTTT?????? sudah pasti YB berdua melenting sampai tercabut kopiah putih dikepala dan melaung-laungkan kalimah keramat: INI SEMUA FITNAH!!! FITNAH!!!! FITNAH!!!

Nyatanya YB sendiri takut difitnahkan???? Jadi jangan mengadu domba kesalahan orang lain jika diri sendiri tidaklah bersih seperti yang disangka..


Dato’ Seri Anwar pun bukanlah pemimpin yang tidak pernah melakukan kesilapan akan tetapi, barangkali tempoh rehat yang begitu lama di Penjara dulu telah memberi peluang kepada beliau untuk bertaubat, bermuhasabah dan merasa terpanggil untuk menyatakan kebenaran yang sebenarnya.

Akhirnya, segalanya sudah terjawab. PRU 2008 menyaksikan perubahan yang sangat besar dan semuanya sudah pasti atas sumbangan dan jasa Dato’ Seri, Tuan Guru, YB Lim dan sewaktu dengannya (Parti PAS, DAP dan KeAdilan) yang bergabung dan persefahaman yang jitu memastikan kejayaan PR tahun 2008.

Teguran Ikhlas untuk PR
PAS, DAP dan KEADILAN adalah parti yang sangat dekat di hati rakyat masa kini. Sekarang bukan masa untuk menunding jari dan meletakkan kesalahan atas bahu orang lain.

Dato’ Seri sebagai Ketua Pembangkang harus mengetuai MP2 PR turun ke kawasan masing-masing dan peka dengan segala isu yang dibangkitkan oleh rakyat. Jangan memandang remeh dengan segala isu yang telah dibangkitkan.
Harus ada tindakan yang pantas untuk membezakan khidmat MP BN dan MP PR. Tidak guna jadi wakil rakyat jika masalah yang diadukan tidak dapat diselesaikan.

Jangan madah berhelah lagi. PRU semakin dekat. Hanya PM yang tahu bila dan masanya untuk meniupkan semboyan PRU ke-13.

Kembali bersatu seperti persefahaman PRU 2008 dahulu. Buangkan sifat tamak haloba, sifat dengki mendengki, sifat mazmumahlah senang ceritakan. Siap siaga di hadapan, naik roket terbang ke bulan jangan lupa bulan sabit sekali.

Dapatkan sokongan anak muda kembali. Jangan duk yakin dengan undi bukan melayu, orang melayu juga sudah matang dalam berpolitik. Harus ada keseimbangan. Harus ada gerak kerja yang mantap dan persefahaman yang kukuh. InsyaAllah, PutraJaya pasti dapat di tawan.

Sekadar Pandangan dan luahan Anak Muda yang mahu melihat Malaysia ditadbir oleh Pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat. Salam Perkenalan khas untuk Anak Muda yang berjiwa besar.
Meminjam kata bijak pandai: “Politik sama sahaja di mana-mana, mereka menjanjikan membuat jambatan walaupun ditempat itu tiada sungai.”
Ini untuk Dato’ Seri: “Kemampuan memimpin adalah  dapat mengambil keputusan secara cepat dan dapat menyuruh orang lain melaksanakan keputusan itu.”

No comments: