Tuesday, December 14, 2010

Iktibar Terbaik Untuk orang UMNO..........

Kenapa Najib Tidak Ghairah Dengan Pendedahan Wikileaks?

NAJIB Razak minta rakyat Malaysia tidak menghiraukan pendedahan Wikileaks yang mendedahkan laporan mengutuk Malaysia yang boleh menjejaskan hubungan serantau. Katanya apa yang penting memfokuskan kepada matlamat pencapaian negara.

Seruan Najib itu nampak bijak dan tidak emosi dengan pendedahan Wikileaks yang mengaitkan Anwar Ibrahim dengan homoseks. Anih sedikit bunyi seruan Najib itu kali ini. Ini kerana diluar sana media massa pro kerajaan dan termasuk juga beberapa pemimpin Umno riuh randah menerima pendedahan Wikileaks menghentam Anwar itu persis satu modal besar. Kenapa Najib semacam tidak ghairah untuk mengutip modal dilontarkan Wikileaks itu bagi menyerang Anwar?

Mahathir Mohamad sendiri yang selamanya tidak akan diam dan terus jadi gatal mulut bila terdengar nama Anwar terus menangguk di air keruh atau menongok air sambil berjalan mengutuk Anwar dengan memberi tafsiran negatif buat Anawar dengan mengatakan Lee Kuan Yew tentu tahu cerita sebenar mengenai Anwar itu. (Kalau pun Lee Kuan Yew tahu siapa yang memberi tahunya, tidak mustahil kalau Mahathir sendiri?).

Biarlah Mahathir selamanya tidak akan menerima dan memaafkan Anwar. Bagi Mahathir, Anwar adalah anak syaitan.

Tetapi saya tertarik dengan sikap dingin dan berhati-hati Najib mengenai pendedahan Wikileaks yang dianggap berita baru itu. Jika hendak dikira patutnya Najib terus ambil kesempatan menguar-uarkan laporan laman berkenaan kerana ia mengutungkannya. Tetapi nampaknya tidak berlaku begitu. Kenapa?

Sebelum ini saya sudah membayangkan atau menasihati supaya semua pihak berwaspada dengan Wikileaks - jangan mudah menerima apa-apa saja yang didedahkan oleh laman bebas berkenaan. Apa yang kena fikir sesuatu pendedahan atau maklumat didedahkan itu tentu ada motifnya. Sebagai badan bebas tentulah pengendalinya memikirkan komersial. Tidak ada manusia ikhlas dan melakukan tanpa apa-apa bayaran di dunia ini.

Ada kemungkinan apa-apa pendedahan dibuat oleh Wikileaks ianya dibayar dengan harga yang tinggi? Perdagangan maklumat berlaku bukan baru tetapi sejak lama dulu lagi. Ia dipelopori oleh Yahudi.

Apa yang saya khuatir kalau rakyat Malaysia mempercayai dan menjadikan Wikileaks sebagai Quran dan Hadith atau lebih dipercayai daripada Utusan dan TV3, satu hari nanti ia akan 'merangah' (memakan) diri sendiri. Apa kata kalau tiba-tiba misalnya menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti laman bebas itu mendedahkan pula skandal para menteri? Atau pun mendedahkan kontrek pembelian kapal selam atau penjualan bumi Malaysia di Singapura kepada rupblik itu?

Apakah waktu itu kita hendak menolaknya dan menganggap ia bohong sedangkan pendedahan mengenai Anwar itu dianggap sebagai benar dan konkrit?

Justeru kenyataan dan seruan NAjib itu saya lihat ada makna dan maksud tersendiri. Mungkin Najib sudah mendapat maklumat dari sumber tertentu yang selepas ini Wikilleaks akan memakan beliau dan orang-orangnya pula. Wikileaks tidak boleh dipercayai.

Dari kejauhan saya ada mendengar tentang berita mengenai Duta Malaysia di Amerika Syarikat. Katanya ada cerita mengenai Duta itu bakal mengejtukan negara. Apakah maklumat ini (sama ada sahih atau tidak) sudah berada ditangan Wikileaks. Rasanya perkembangan ini ditunggui oleh banyak pihak di Malaysia?

Yang tentunya Najib tidak akan bersikap terbuka begitu mengenai pendedahan Wikileaks kalau beliau tidak mendapat apa-apa signal dari luar. Yang pastinya beliau sudah menerima signal berkenaan maka beliau harus mengambil sikap tidak ghairah dengan apa yang dilakukan laman itu ke atas Anwar. (MSO@.)

Monday, December 13, 2010

Dirgaharu Pemimpin Melayu?????????

JiKa TidAk mEnIpu RakYAt, BukAN UMNO nAmAnyaaa!!.

MENGAPA Najib dan kuncu-kuncunya dewasa ini setiap hari menyerang DS Anwar? Mengapa media pencacai seperti TV3 suku dan UTusan Meloya juga melakukan perkara yang sama seperti Najib dan Umno lakukan? Tidak lain tidak bukan, mereka mahu menghancurkan PR keseluruhannya.

PR tidak boleh dihancurkan tanpa `membunuh' karier DS Anwar di dalam politik. DS Anwar tidak akan dapat `dibunuh' selagi PKR masih kuat. Justeru itu, PKR mesti dihancurkan terlebih dahulu. Cara untuk menghancurkan PKR adalah dengan memburuk-burukkan kredibiliti DS Anwar sehingga rakyat tidak lagi meyakini PKR. Maknanya DS Anwar dan PKR adalah musuh utama buat Umno.

Adakah PAS akan `mati' jika DS Anwar tiada? Sudah pasti jawapannya tidak kerana PAS tidak pernah bergantung nasib dan kekuatan dengan individu. Namun demikian, tanpa DS Anwar PAS tidak mudah untuk mendapat sokongan dari golongan bukan Islam di samping mungkin menjejaskan kerjasama dengan DAP. Sekiranya matlamat Umno untuk `nyahkan' DS Anwar dari politik negara berhasil, maka kerja agak mudah untuk Umno berdepan dengan PAS pula.

Umno tahu bahawa PAS mempunyai harapan yang cerah untuk menggantikan parti mereka yang sekular itu sebagai parti pilihan orang-orang Melayu di masa akan datang. PAS mesti dimusnahkan segera, maka untuk mencapai tujuan itu DS Anwar mesti dihapuskan terlebih dahulu. Umno sedar bahawa PAS tetap utuh tanpa DS Anwar, tetapi PAS mungkin hilang kawannya dari DAP tanpa DS Anwar. Keutuhan PAS tidak akan ke mana tanpa sokongan kaum Cina dan DAP.

Umno telah cuba musnahkan PAS dari dalam, ternyata mereka gagal. Umno juga telah berusaha untuk hancurkan PKR dari dalam dan mereka tetap gagal. Kini, sasaran mereka tertumpu kepada DS Anwar. Setiap hari pemimpin Umno dan media mereka akan bercakap tentang keburukan DS Anwar. Apa yang nyata, lagi banyak mereka bercakap tentang DS Anwar, sokongan terhadap Ketua Pembangkang ini semakin kuat. Tidak mustahil, jika mereka berjaya tundukkan DS Anwar, sasaran mereka selepas itu adalah kepada Tuan Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS.

Kekuatan dan pengaruh DS Anwar dan Tuan Guru Nik Aziz dilihat memberi ancaman kepada mereka untuk menghancurkan PR. Kita akan melihat usaha dari Umno akan berterusan untuk memburukkan DS Anwar. Mereka lupa bahawa rakyat mulai sedar betapa Umno tidak lagi boleh diharap dan dipercayai. Jika tidak menipu rakyat, bukan Umno namanya./wfauzdin.blogspot.com

Saturday, December 11, 2010

Dato' Seri Jangan Terlampau Husnu Zhan Sangat...Bahaya....


Pendedahan Raja Petra Tentang Rakaman Video Rahimi.

"Di Mana Video Testimoni Rahimi Yang Saya Serahkan Kepada Peguam Anwar?" - RPK

Saya petik:

Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.

Raja Petra Kamarudin

Pada Jun 2008, apabila isu Liwat 2 ini meletus, saya telah pergi ke Quality Hotel di Shah Alam untuk bertemu Anwar Ibrahim dan peguam-peguamnya. Lobi hotel penuh dengan wartawan-wartawan yang dianggarkan lebih kurang 50 atau lebih, pemberita ini boleh mengesahkan pertemuan ini.

Wartawan-wartawan mula meluru ke arah saya apabila mereka melihat saya dan isteri masuk ke dalam hotel. Dengan silauan flash kamera-kamera, perakam video dan mikrofon telah ditolak dihadapan muka saya. Mereka semua mahu tahu apa tujuan saya berada di situ dan adakah ia ada kaitan dengan isu liwat ini.

Saya hanya tersenyum dan tidak menjawab banyak soalan. Saya kemudiannya naik ke tingkat atas bertemu Anwar dan peguam-peguamnya. Peguam-peguam mereka memberi saya sebuah fail tebal dengan pelbagai dokumen dan testimoni-testimoni.

Lebih kurang satu jam kemudian saya turun ke bawah dan kumpulan pemberita yang ramai itu masih di sana. Bila mereka melihat saya dan isteri keluar daripada lif, wartawan-wartawan sekali lagi tergesa-gesa ke arah saya dan mengerumuni saya. Mereka semua mahu tahu apa yang sedang berlaku di tingkat atas.


Beberapa wartawan telah perasan fail tebal berikat dengan pita merah yang saya bawa dan mereka bertanyakan apa yang ada di tangan saya. Saya pura-pura tidak faham dan mereka kata ketika saya tiba saya tidak membawa sebarang fail jadi fail ini pastinya telah diberikan kepada saya. Mereka mahu tahu apa kandungan di dalam fail itu.

Saya hanya tersenyum dan kata 'no komen'. Saya kemudian berjalan keluar, dan telah menghampakan ramai wartawan yang telah berkhemah di lobi hotel itu sejak malam semalam dan sedang kelaparan berita.

Malam itu saya kembali semula ke hotel dengan kamera video saya. Masih terdapat beberapa wartawan yang terhendap-hendap di sekitar tempat tetapi saya berjaya mengelakkan mereka dan naik ke tingkat atas di mana saya bertemu Rahimi. Saya membuat rakaman video kenyataan Rahimi dan dia telah mendedahkan apa yang telah terjadi -- dia dan Saiful bertemu Najib Tun Razak, apa yang berlaku semasa pertemuan itu, dan sebagainya.

Saya sebenarnya pernah menulis tentang perkara ini dengan perincian yang hebat.

Selepas sesi rakaman saya membuat satu salinan video dan memberikannya kepada para peguam Anwar. Saya menyimpan pita asli di rumah. Saya kemudiannya meminta kebenaran Anwar untuk menerbitkan video itu di dalam Malaysia Today tetapi Anwar tidak membenarkannya. Ia kelihatan seperti peguam-peguamnya telah menasihatkan dia tidak membenarkannya. Mereka merasakan pendedahan ini patut disimpan sebagai bukti untuk perbicaraan.

Saya memberitahu Anwar saya tidak bersetuju dengan strategi ini. Saya merasakan video ini patut dihebahkan segera. Perbicaraan tidak penting, saya memberitahu Anwar, kerana mereka akan memastikannya bersalah walau apa pun bukti yang Anwar ada.

Saya dapat rasakan mereka akan sentiasa mencari pelbagai cara untuk membawanya ke penjara, dengan bukti yang dia ada sepatutnya digunakan untuk membersihkan namanya. Lantaran itu adalah lebih baik untuk menghalang setiap langkah yang mungkin mereka ambil dengan menghebahkan video itu ketika Rahimi masih lagi 'friendly party'. Wang boleh mengubah ramai orang dan jika orang-orang Najib berpeluang menghampiri Rahimi , dengan harga yang betul, dia boleh mengatakan bahawa video itu adalah tipu atau dia dipaksa untuk memberi keterangan palsu di dalam video, atau apa sahaja.

Rahimi bercakap dengan bebas dan terbuka. Saya atau isteri tidak menyeksanya atau memaksanya supaya membuat kenyataan seperti di dalam rakaman vidoe itu. Ia telah dibuat dengan relahati dan sukarela. Lagipun , saya seorang sahaja yang berada di dalam bilik itu dengannya dan tiada toughies atau pengawal-pengawal peribadi yang hadir. Dia mempunyai pilihan untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau untuk membuat kenyataan yang berlawanan dengan apa yang dia perkatakan. Ia di atas persetujuannya sendiri untuk memberi keterangan bahawa dia dan Saiful telah pergi ke pejabat Najib untuk membincangkan bagaimana untuk mencipta dakwaan liwat ke atas Anwar.

Saya berpendapat kami memiliki sesuatu yang sangat mudah meletup dan ia seharusnya segera didedahkan kepada orang awam. Tetapi Anwar mendengar pendapat peguam-peguamnya dan saya gagal membuatnya mengubah fikiran. Saya malahan berkira-kira untuk melawan Anwar dengan meneruskan menghebahkan video itu. Lagipun , saya merasakan yang peguam-peguamnya telah salah bertindak dan keseluruhan episod ini akhirnya akan mengenai muka sendiri jika mereka tidak berhati-hati.

Bagaimanapun , saya mendengar kepada Anwar, walaupun dengan berat hati, dan tidak melakukannya. Tetapi saya ada berpesan kepada Anwar yang peguam-peguamnya harus melakukan apa arahannya dan bukan dia yang mengikut arahan peguam-peguamnya. Biar peguam-peguam fokus dalam persediaan untuk perbicaraan dan serahkan strategi-strategi politik kepada kami yang lebih arif, saya beritahu Anwar. Saya juga memberitahu perkara ini kepada Datuk Kamarul Bahrin Abbas, Ahli Parlimen TELUK KEMANG, yang turut serupa -- bersetuju dengan saya dan berfikir yang peguam-peguamnya telah bertindak salah.

Tiga bulan kemudian, pada September 2008, polis datang ke rumah saya untuk menahan saya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mereka menghabiskan masa berjam-jam menggeledah rumah saya untuk mencari 'bukti'. Mereka akhirnya menjumpai koleksi video-video, VCD dan dokumen-dokumen lain.

“Ini apa?” mereka bertanya sambil memegang video.

“Ia pastinya bukan porno atau rakaman saya dan isteri sedang mengadakan hubungan seks,” jawab saya. (Saya menyembunyikan semuanya di tempat lain Boom, Rodi, Vic, MsMo and Chris boleh mengesahkannya). Ia adalah rakaman-rakaman peristiwa, saya beritahu polis.

Polis itu memaklumkan saya bahawa mereka perlu merampas semuanya. Saya membantah tetapi tidak berguna dan semua video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen diangkut oleh pihak polis.

Dua bulan kemudian, pada November 2008, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan saya dibebaskan. Tetapi polis tidak mengembalikan semua barangan saya yang telah mereka ambil. Sehingga hari ini polis masih memiliki video-video saya, VCD dan dokumen-dokumen.

Bagaimanapun , salinan-salinan yang saya buat semasa pengakuan Rahimi / testimoni berada bersama kumpulan peguam Anwar. Jadi apa yang telah terjadi kepada mereka? Ini adalah sesuatu yang Anwar kena jawab.

Pada 1999, semasa perbicaraan Liwat 1, saya memberitahu Anwar yang saya mendapat makluman beberapa peguam-peguamnya telah dibayar oleh UMNO. Kerja mereka ialah untuk mengganggu perbicaraan supaya kerajaan boleh mensabitkan dakwaan terhadap Anwar.

Anwar, sudah tentu, tidak mempercayai saya. Dia berfikir yang semua peguam-peguamnya adalah jelmaan malaikat. Saya merasakan bahawa ada beberapa diantaranya adalah jelmaan syaitan.

Dan ianya benar, dua daripada para peguam Anwar telahpun keluar dan menyeberangi UMNO. Mungkin mereka tidak benar-benar menyeberang kepada UMNO. Mungkin mereka sebenarnya sudah lama bersama UMNO dan berjaya telah memasuki di dalam kumpulan peguam Anwar supaya mereka boleh menjejaskan pembelaannya.

Sekarang saya bertanyakan kepada Anwar: adakah dia amat yakin dia tidak mempunyai sebarang 'tahi lalat' UMNO di dalam kumpulan peguamnya yang sedang mengusahakan perbicaraan kes Liwat 2? Jika tidak, di mana perginya salinan-salinan rakaman video yang saya telah berikan kepada mereka? Adakah ia menghilang secara misteri? Kalau begitu , bagaimana boleh hilang?

Sekarang Rahimi mendakwa dia telah dipaksa supaya menandatangani Statutory Declaration (Akuan Bersumpah). Dan saya mempunyai satu rakaman video untuk membuktikan bahawa ia tidak begitu. Tetapi polis telah mengambil pita-pita induk dan ia kelihatannya seolah-olah para peguam Anwar juga telah kehilangan salinan-salinan rakaman itu. Tidakkah anda mengesyaki sesuatu?

Sebab tu lah! Bila saya mengkritik Anwar dia menjadi sangat marah dengan saya. Bila saya menuduh yang dia dikepung oleh 'tahi lalat', Trojan Horses, Judas dan Brutus, dia kata saya bersikap nakal dan berniat jahat dan ia adalah untuk kepentingan tertentu demi wujudkan perselisihan dalam PKR. Dia merasakan saya sebuah kilang yang bermotif untuk memusnahkan perpaduan parti.

Baiklah, jawab satu soalan ini: di mana rakaman video testimoni Rahimi, yang saya telah berikan kepada peguam-peguamnya?

Aiyah Datuk Kamarul! Cakap dengan Anwar lah! Saya dah bosan nak cakap. Dan saya tahu anda juga turut merasa perkara yang sama kerana anda sudah puas mengeluh terhadap perkara yang serupa. Tetapi nampaknya kita perlu untuk menyelamatkan Anwar dari dirinya -- atau sekurang-kurangnya dari orang di sekelilingnya.

Sepertimana yang saya telah beritahu Anwar minggu lalu apabila berlaku pertikaian antara kami apabila saya terlalu lantang bersuara: anda sepatutnya gembira kerana saya masih bersuara. Itu bererti saya masih mengambil berat. Bila saya berdiam diri kamu sepatutnya patut berasa bimbang. Itu bererti saya sudah tidak peduli lagi.

Friday, December 10, 2010

PR Tumpukan PRU 13 dan Ambil Perhatian Masalah Rakyat


Semua Pemimpin PR bersatulah untuk menghadapi PRU 13 yang akan diumumkan pada bila-bila masa je...Jangan pedulikan lagi si mangkak2 yang duk melalak isu Ketuanan Melayu..Biarkan je..Apa yang paling penting tumpukan permasalahan rakyat di Parlimen Kamu...Berbaktilah kepada mereka..Sesungguhnya undi mereka sangat2 berkuasa menaikkan dan menjatuhkan kamu semua...........

Pembahagian kerusi mestilah adil dan saksama..Jangan berkelahi isu yang remeh temeh...InsyaAllah PutraJAya akan berubah Pentadbirannya...

MP Kulim Bandar Baharu@ MP Tadika Dah Mula Beralih Arah......

poyo sangat MP Tadika ni......cari platform utk PRU 13

Nak termuntah tengok entri MP Tadika ni beriye-iye puji melangit siap bagi nasihat kat si sepul bukhari lagi......

Dulu masa heboh jadi Peguam Anwar satu M'sia dicanangkan Anwar xbersalah..sekarang dah terbabas satu M'sia pula melalak bekap cpul ni plak.....
nak tanya sikit Mp Tadika, hang ada skandal ka ngan budak 2????

pasni mesti dia jawab: INI fitnah...ini fitnah untuk jatuhkan reputasi saya arkhh tuihhhhh....kalaulah MP ni turun kat tempat aku.........nak je aku kahakkan dia ni....maaflah Jumaat ni bikin hati gua panasssssssssss kat MP Tadika ni...

Friday, December 3, 2010

Rakyat Semakin Yakin dengan BN Kata PM-Utusan

Agak-agak PM berani bUbar Parlimen x?????????
hahahhahahahhaha................kahkahkahkahkah........................kuikuikuikuikuikui......................................

berguling-guling macam tenggiling kata sinchan...............................YAKIN sangat ke??????
kalau dah yakin, apa lagi umumkan PRU13 lah Ibn Razak............................
itu baru betul2 yakin..........................ke strategi untuk PRU 13 wakaka.....................................
Jangan jib.....jangan............
takut nanti peristiwa 99 Pekan berulang lagi ingat x?????????????????

tapi elok gak 2.............seorang pemimpin harus menunjukkan teladan yang baik untuk rakyat...........jadi apabila PM 1M'sia begitu adil dan saksama (minyak naik...ekonomi merudum....harga barang keperluan naik..masalah sosial terbaik.......) maka rakyat semakin yakin dengan BN...................Syabas....................

Kit Siang 'TPM' Kalau PR Perintah Malaysia

BN UMNO leh semeja macam ni ke???? Semeja nak makan bolehlah.......

Ni lagi satu isu nak dijaja serata 1M'sia....Kali ni Ibn Hamidi pulak nak nyibuk suruh PAS nyatakan Pendirian...Itu hari awak kena hentam kaw2 isu patriotik ape kehal nyuruk n membisu kelu tak terkata???? pirahhhhh.....
wei..........kalau lantik kit siang dia leh adil n saksama xrasuah macam pimpinan UMNO n BN apa salahnya...lepas tue suruh orang2 berkenaan doakan dia agar dibukakan pintu hati memeluk agama Islam............lagi terbaik beb............................


Juak2 Umno xpayah menyibuklah isu 2...........Sukatilah nak lantik sapa pun............Janji bukan Ibn Razak n Ibn Yasin yang menerajui Negara lagi itu paling utama dalam misi PR..........